Kamis, 21 Juli 2011

Ma'rifatul Qur'an



AI-Quran adalah kalamullah. la telah diturunkan oleh Allah s.w.t kepada nabi Muhmmad s.a.w sebagaimana Idtab Taurat, Injil  .dan Zabur diturunkan kepada nabi-nabi sebelum baginda s.a.w.   AI-Quran merupakan rujukan asal kepada risalah islam. Sesiapa  yang tidak rnerujuk kepada al-Quran bermakna dia jauh dari panduan dan rujukan Islam. AI-Quran merupakan kitab petunjuk dan pembawa rahmat kepada sekelian alarn. Segala panduan terhadap aturan hidup dan kehidupan antara manusia dengan Tuhan, alam, masyarakat dan diri sendiri termuat di dalam AI-Quran. Sesiapa yang mendekati sumber hidayah ini insya  Allah akan tersentuh dengan petunjuknya dan sesiapa yang tidak mendekatinya wal'iyaazubillah .... akan jauh dari hidayahnya.
AI-Quran yang merupakan kalamullah itu adalah mukjizat yang cukup hebat, tetap dan kekal walaupun melalui peredaran zaman. Mukjizat yang mencabar jin dan juga manusia.  Mukjizat yang menjadikan semua pendukung kesesatan dan ekstremes nafsu terduduk membisu.  Allah telah rnenjadikan al-Quran sebagai basahan hati kepada mereka yang mempunyai penglihatan dan makrifat. Mukjizat al-Quran ini tidak menjadi usang lantaran penolakan berterusan oleh golongan yang tidak beriman dan juga peredaran masa. Mukjizat ini tetap dijaga oleh Allah seperti yang dijanjikan olehnya di dalam al-Quran (15: 9) Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan az-Zikra (al-Quran) dan Kami yang akan menjaganya.
Allah s.w.t telah menyebut di dalam al-Quran ini dengan berbagai sebutan terhadap kiitabNya. Ada yang disebut sebagai Hudan (petunjuk) kerana ia betul-betul membawa petunjuk kepada manusia , Rahmatan (rahmat) kerana sesiapa yang mengikuti petunjuknya akan mendapat rahmat, Nur (cahaya) kerana ia menyinarkan jalan hidup manusia, Syifa' dan lain-lain lagi yang jumlahnya tidak kurang dari sepuluh nama. Setiap nama itu adalah menunjukkan kepada ciri- ciri yang dimiliki oleh al-Quran itu sendiri.
Al-Quran adalah kiitab yang lengkap sebagai pedoman hidup manusia dalarn segenap aspek. la adalah kiitab yang menerangkan hukum-hukum syariat dari segi halal-hararn dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan manusia. la juga membawa kisah-kisah dan berita-berita pengajaran sebagai bahan berfikir terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam sejarah seperti ashabul kahfi, tentera bergajah, kaum 'Aad, Thsamud, Firaun dan lain- lain. AI-Quran juga merupakan panduan seluruh manusia beriman tentang jihad, skop dan pelaksanaannya. AI-Quran memainkan fungsi utama di dalam mendidik dan mentarbiah jiwa- jiwa manusia menjadi hamba yang sebenar-benarnya.
Sehubungan dengan itu, kita perlu mengetahui betapa penting mengambil faedah daripada al- Quran ini, syarat-syaratnya dan bagaimanakah cara berinteraksi  yang betul dengan al-Quran irii. Semoga dengan panduan-panduan ringkas ini kita dapat menjadi orang yang paling baik hubungannya dengan al-Quran dan dapat melaksanakan kesan al-Quran terhadap kehidupan jiwa dan fizikal kita dalam rangka kita beribadah terhadap Allah s.w.t.

1 komentar:

  1. BK Casino Canada - Login - Jtm Hub
    If 강원도 출장샵 you want to login to 포천 출장샵 BK Casino Canada, we 경주 출장샵 will make 영주 출장안마 sure that you are a registered 안산 출장마사지 and legitimate online gambling operator. Login Login

    BalasHapus